banner

 

 

logo
Dato Fatmi

Latar Belakang Penubuhan POKB

Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) didaftarkan pada 31 Mei 2011 dengan nombor pendaftaran 2690-11-WKL. Idea penubuhan ini dicetuskan oleh Penaung Persatuan iaitu Y. Bhg. Tan Sri Dato' Hj Mohamad Fatmi Hj Che Salleh.

Pada hari ini POKB bergiat aktif dalam membina jaringan dalam kalangan orang Kota Bharu yang bermastautin.

 

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Selangor.  

Alamat berdaftar dan surat-menyurat pertubuhan ini ialah 18-2 Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang 43000 Kajang Selangor atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa. Tempat pertubuhan ini berdaftar dan alamat surat-menyurat pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

 

         Tujuan & Matlamat   

 

  •     Untuk menyatupadukan tenaga ahli persatuan yang terlibat dalam pelbagai bidang, jawatan, dan perniagaan untuk membentu masyarakat yang bersepadu.

  • Untuk mewujudkan hubungan kerjasama dan jalinan maklumat dalam kalangan ahli persatuan bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai wawasan negara.

  • Untuk mengadakan klinik 1 Malaysia dan aktiviti kemasyarakatan serta mendedahkan ahli persatuan berkenaan situasi  selok belok keusahawanan.

  • Boleh bergabung atau bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain yang berdaftar dan mempunyai tujuan yang sama  di peringkat dalam negara atau pun antarabangsa.

  • Untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak Kerajaan dalam menjayakan dan melaksanakan dasar yang berkaitan dengan pembangunan modal insan dan juga membangunkan ahli persatuan dalam bidang keusahawanan di negara ini selaras dengan matlamat wawasan negara.

  • Untuk menjalankan sebarang kegiatan amal dan bentuk perniagaan untuk tujuan menambah kewangan persatuan, asalkan
    tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Segala bentuk kewangan yang diperoleh oleh persatuan daripada pelaburan dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif persatuan ini. Sungguhpun demikian, baik untuk membayar gaji dan perbelanjaan atau kedua-duanya kepada ahli persatuan ini

  •      Boleh menerima bantuan, tajaan, dan sumbangan derma dengan kelulusan pendaftaran pertubuhan atau geran daripada mana-mana pihak samada kerajaan, korporat atau individu bagi menjalankan aktiviti persatuan.

  • Boleh menderma, memberi sumbangan, mengeluarkan atau membelanjakan wang dengan apa jua cara yang diluluskan oleh ahli jawatankua kepada ahli persatuan yang memerlukan.

  • Boleh mencetak menerbit, mengedar sebarang penerbitan, majalah, artikel, dan buku yang berkaitan dengan kegiatan aktiviti persatuan dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.

  • Boleh memiliki, menjual, membeli, menyewa atau memajak harta alih dan tidak alih;  membuat sebarang pelaburan ke atas harta-harta tersebut, atau dalam bon-bon dan saham yang dibenarkan,  menubuhkan consortium, koperasi, meminjam dari institusi kewangan berdaftar, membuat urusniaga dan memeterai sebarang kontrak atau tender; menerima sumbangan, bantuan, dana dari pihak kerajaan atau swasta dengan syarat hasil semua aktiviti ini hanya digunakan untuk kemajuan persatuan dan ahli persatuan.