Banner

 

 Dato Fatmi     

Tan Sri Dato’ Hj Mohamad Fatmi Hj Che Salleh

 

Tan Sri Dato’ Hj Mohamad Fatmi Hj Che Salleh ialah Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, dari tahun 2009-2013.

Mohamad Fatmi yang dilahirkan pada 12 April 1957 di Kota Bharu, Kelantan adalah putera tunggal daripada Sembilan orang adik-beradik kepada pasangan Allahyarham Tn Hj Che Salleh bin Hj Che Ibrahim dan Allahyarhamah Puan Hajjah Che Aishah binti Hj Abdullah. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Hajjah Norsiah bt Hj Musa dan dikurniakan enam cahaya mata terdiri daripada empat orang putera dan dua orang puteri.

 

 

Pendidikan Awal

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail (1), Kota Bharu dan pendidikan menengah di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sains Pemasaran dari Southern Illinois University, Carbondale, Illinois, dan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dengan Master of Business Administration (MBA) Finance dari Tulane University, New Orleans, Louisiana pada tahun 1981.

 

Kerjaya Politik

Mohamad Fatmi merupakan penggiat aktif dalam politik dimana merupakan ahli UMNO cawangan Paya Rani. Beliau pernah menyandang Ketua UMNO sebagai Timabalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu pada 1994-2005 dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu pada 2005 sehingga Oktober 2008 sebelum dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu sehingga ke hari ini dan juga merupakan anggota perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Jawatan yang pernah disadangkan oleh beliau adalah sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, ahli EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Sebagai Ketua UMNO bahagian kota Bharu, beliau bertekad untuk membangunkan Kawasan Parlimen Kota Bharu ke arah sebuah kawasan parlimen contoh dinegeri Kelantan.

 

Anugerah

Mohamad Fatmi telah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran seperti Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (D.J.M.K) yang membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 2006, Jaksa Pendamai Pendamai Negeri Kedah (JP) pada tahun 2005 dan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) pada tahun 1994.

 

 

Persatuan OKb (Orang Kota Bharu) dan Yayasan OKB (Orang Kota Bharu)

Beliau merupakan pencetus idea penubuhan Persatuan OKB dan menjadi Penaung Persatuan OKB yang pada hari ini bergiat aktif dalam membina jaringan dikalangan orang-orang Kota Bharu yang bermastautin di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dan juga penaung kepada Yayasan OKB yang terlibat dalam pelbagai aktiviti kebajikan seperti memberikan tuisyen bahasa inggeris percuma kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam Parlimen Kota Bharu.

POKB berbangga dan amat berterima kasih serta terhutang budi diatas segala perhatian dan sumbangan berterusan yang diberikan oleh Tan Sri Dato’ Hj Mohamad Fatmi dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan Persatuan yang beteraskan ‘kebajikan’ ahli. Kami menyanjung tinggi niat murni beliau dalam membangunkan kawasan parlimen kota Bharu menjadi sebuah ibu negeri yang serba maju menjelang tahun 2020, Insya Allah.