Print

Banner

 

    dato sheikh kata aluan space  

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).

 

Bagi saudara/saudari yang telah menjadi ahli POKB, saya ucapkan syabas.

 

Bagi saudara/saudari yang pertama kali melayari laman sesawang POKB, izinkan saya mengambil sedikit masa saudara/saudari memperkenalkan POKB ini. Penubuhan POKB ini adalah merupakan cetusan idea YBhg. Dato’ Hj Mohamad Fatmi Hj Che Salleh.  Penubuhan persatuan ini yang bermatlamatkan untuk menyatu padukan tenaga ahli POKB dari segenap lapisan umur, pangkat, jawatan dan bidang perniagaan dan seterusnya membentuk masyarakat yang bersepadu dan berkerjasama dalam satu jalinan yang kental dari segi penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai wawasan negara.

 

Keahlian di buka kepada semua warga Kuala Lumpur, Putrajaya atau Selangor yang berasal dari Kota Bharu atau yang mempunyai hubungan dengan orang Kota Bharu. Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan kita bersama-sama bergerak untuk  memajukan Kota Bharu, saya menyeru dan mengajak orang Kota Bharu yang masih belum menjadi ahli agar segera menyertai POKB. Sayugia di ingatkan, kita masih dapat memberikan sumbangan dan mengembeleng tenaga dan idea untuk memajukan negeri yang kita cintai dan sayangi, walaupun kita berada jauh diperantauan.

 

Saya dengan rendah diri dan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan saudara/saudari sebagai ahli-ahli baru POKB.

 

Sekian, wassalam.

 

"Satu Soro Satu Ati - Ore Kota Bharu"

signature

Penolong Kanan Komisioner Penjara (Kehormat) 
Dato'  Hj. Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad 
D.P.S.K. (Kelantan), D.P.S.M.,  P.B.S.

 

" Pemimpin yang terbaik ialah mereka yang memikirkan tentang masa depan dan juga kebajikan orang yang dipimpinnya, mereka juga adalah yang bukan semata-mata mencari populariti untuk kekal sebagai pemimpin dan pemimpin itu juga perlu bijak membuat pilihan tentang sesuatu perkara yang baik untuk organisasi masing-masing."

Presiden Persatuan OKB (Orang Kota Bharu)